Rabu, 9 April 2014

SEJARAH NORDIN BATIK



Batik adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional.Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atauGugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dankehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.    Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksudtitik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakandi Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud diIndonesia. Seni batik juga telah berkembang ke negara ini
            Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarahperkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu,Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. Kain batikdi Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yangdigunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitukain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan-rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu dilorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnyake Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama